fb fb fb fb fb

Gempa sederhana landa utara Laut Maluku

Foto facebook MetMalaysia

PETALING JAYA, 26 Ogos- Gempa bumi berukuran 5.1 Magnitud dikesan berlaku di utara Laut Maluku pada pukul 8.17 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 115 kilometer (km) Barat dari Ternate, Indonesia dengan kedalaman 84km.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Putrajaya sehingga pukul 11.00 pagi ini.

"Negeri Kedah melibatkan Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Di Pulau Pinang, Selangor melibatkan Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang serta Wilayah Persekutuan Putrajaya", menurut kenyataan MetMalaysia menerusi facebook.

ROSLINA BINTI DIN