PETALING JAYA, 22 Ogos - Gempa bumi kuat berukuran 7.0 magnitud berlaku di Laluan Drake pada pukul 10.16 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan memaklumkan, gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 2,203 km selatan dari Puerto Montt, Chile.
Menurut MET Malaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa berkenaan.