
KUALA LUMPUR, 17 Januari – Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 magnitud melanda Seram, Indonesia pada 7.50 pagi.
RINGKASAN BERITA AI
- Gempa sederhana magnitud 5.5 melanda Seram pada 7.50 pagi.
- Pusat gempa pada koordinat 3.1°S, 128.7°E pada kedalaman 36 km.
- Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia menurut MET Malaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, gempa bumi itu berpusat pada koordinat 3.1 darjah selatan dan 128.7 darjah timur, dengan kedalaman 36 kilometer (km).
Gempa bumi itu berada pada jarak 82 km timur laut dari Ambon, Indonesia.
MET Malaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi berkenaan.