fb fb fb fb fb

Gempa bumi 6.8 magnitud landa Kepulauan Kuril, Rusia

FOTO METMALAYSIA

KUALA LUMPUR, 27 Disember- Gempa bumi kuat  berukuran 6.8 magnitud melanda Kepulauan Kuril, Rusia pada pukul 8.47 malam tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa bumi itu berpusat di koordinat 47.2° utara dan 151.3° timur dengan kedalaman 145 kilometer (km).

Gegaran tersebut berlaku pada jarak 789km timur laut dari Asahikawa, Jepun.

METMalaysia mengesahkan bahawa tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa itu.

SITI AISHAH MD ISA