fb fb fb fb fb

Gempa bumi kuat landa Semenanjung Minahassa

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 24 September - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 pada skala Richter tberlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada pukul 3:51 pagi tadi.

Pusat gempa bumi itu terletak 0.1° Selatan dan 122.9° Timur dengan kedalaman 144 km iaitu 75km Selatan dari Gorontalo, Indonesia.

Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

TETITIA YUSOFF