fb fb fb fb fb

Gempa bumi kuat gegar Kepulauan Kermadec New Zealand

(Foto MetMalaysia)

PETALING JAYA, 4 Mac- Gempa bumi kuat berukuran 6.6 mengikut skala Richter menggegarkan Kepulauan Kermadec, New Zealand pada pukul 2.41 minit petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan, pusat gempa dikesan di kedalaman 178 kilometer.

"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," menurut kenyataan itu.

(Gempa bumi kuat gegar Kepulauan Kermadec New Zealand/MetMalaysia)

Media Baharu