fb fb fb fb fb

Gempa bumi di Taiwan, tiada rakyat Malaysia terjejas - Wisma Putra

Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terjejas akibat gempa bumi kuat yang melanda Hualien Taiwan, pagi tadi / Foto AFP

PUTRAJAYA, 3 April - Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terjejas akibat gempa bumi kuat yang melanda Hualien Taiwan, pagi tadi.

Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei sedang memantau rapat perkembangan susulan gempa bumi 7.2 magnitud yang berlaku di Hualien, Taiwan pada 7.58 pagi waktu tempatan.

"Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut," menurut Wisma Putra menerusi kenyataan.

Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia di kawasan terjejas agar berwaspada dan berhati-hati dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Malaysia mengucapkan simpati kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat gempa bumi itu," kata Wisma Putra.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei, di tingkat 8, San Ho Plastic Building, No.102, Dun Hua North Road, Taipei, no telefon: +886 2 2713 2626 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN