fb fb fb fb fb

Gelinciran cerun di Pangsapuri Taman Cheras Mas

FOTO JBPM

KUALA LUMPUR, 26 November- Hujan lebat dipercayai mengakibatkan kejadian gelinciran cerun setinggi 30 meter berhampiran Pangsapuri Taman Cheras Mas petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail menerusi satu kenyataan berkata sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba Bandar Tun Hussein Onn digegaskan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.35 petang bagi melakukan pemantauan.

“Pemantauan itu bertujuan memastikan tiada berlaku risiko bahaya kepada orang ramai selain bagi melakukan kerja-kerja memasang sawar di cerun itu untuk menghalang orang awam mendekati lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Beliau berkata jarak lokasi kejadian dengan pangsapuri berkenaan dianggarkan 30 hingga 45 meter, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu.

Menurut Wan Md Razali kes diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan lanjut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE