KUALA LUMPUR, 18 Mac- Beberapa negeri di Malaysia mengalami gegaran susulan gempa bumi sederhana berukuran 5.1 skala richter yang melanda luar Pantai Barat Sumatera Utara pada pukul 6.22 pagi tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran dirasai di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Gempa itu berpusat di koordinat 1.8° utara dan 99.2° timur dengan kedalaman 10 kilometer, kira-kira 41 kilometer ke timur dari Sibolga, Indonesia.
METMalaysia mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian tersebut.