fb fb fb fb fb

Garis panduan dan jadual cantasan pokok di Melaka, ditambah baik

Foto Hiasan

MELAKA TENGAH, 5 November - Penambahbaikan akan dilaksana melibatkan garis panduan dan jadual cantasan pokok di Melaka yang berada dibawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ini bagi mengelakkan berlakunya kemalangan khususnya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Rais Yasin berkata satu mesyuarat penyelarasan mengenainya akan dilaksana dalam masa terdekat melibatkan semua empat PBT di negeri berkenaan.

"Kita tidak boleh tunggu ada aduan baru kita hendak pergi, jadi kita kena cari pokok-pokok yang bahaya ini kita mesti cantas dahulu," katanya kepada pemberita, di sini.

Sementara itu, mengenai pengurusan saliran, Rais berkata beberapa kawasan ‘hotspot’ longkang yang sering tersumbat sehingga menyebabkan berlaku banjir kilat, telah dikenal pasti.

Katanya, tindakan pembaikan serta pembersihan kini sedang giat dilaksanakan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN