fb fb fb fb fb

Gangguan siber global: MAHB sahkan operasinya tidak terjejas

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 19 Julai- Perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengesahkan operasinya tidak terjejas oleh gangguan siber global yang dialami pelbagai sektor utama di beberapa negara.

Insiden itu mengakibatkan gangguan perjalanan di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia memaklumkan, pihaknya berdepan gangguan sistem dalaman.

Bagaimanapun, tiada penerbangan dibatalkan.

Malaysia Airlines juga beroperasi seperti biasa, namun penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global, mungkin menjejaskan penerbangan syarikat tersebut.

Gangguan IT skala besar ini menyebabkan operasi institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, saluran media dan hospital di beberapa negara terjejas.

Gangguan tersebut dikaitkan dengan firma teknologi keselamatan siber global Crowdstrike yang berpangkalan di Austin, Texas, Amerika Syarikat.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE