KUALA LUMPUR, 21 Mac- Empat penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke London terjejas akibat gangguan bekalan elektrik di Lapangan Terbang Heathrow, United Kingdom.
Menurut Malaysia Aviation Group (MAG), ia menyebabkan penerbangan MH2 yang berlepas malam tadi, dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol Amsterdam di Belanda.
Pesawat yang membawa 246 penumpang dan 17 anak kapal itu selamat mendarat, pada pukul 6.19 pagi waktu tempatan.
Penumpang ditempatkan di hotel berhampiran lapangan terbang serta penerbangan lain.
Penerbangan lain yang terjejas ialah MH1 dan MH3 dari London ke Kuala Lumpur hari ini.
Malaysia Airlines menyatakan kekesalan atas kesulitan dan gangguan yang berlaku sehingga menyebabkan rancangan perjalanan penumpang terjejas.
Keselamatan kekal sebagai keutamaan kepada Malaysia Airlines.