fb fb fb fb fb

Feri terkandas berjaya di tunda ke terminal feri penumpang Kuala Kedah

ALOR SETAR, 24 Oktober - Feri penumpang yang terkandas selama lapan jam akibat tersangkut beting lumpur di muara Kuala Kedah akibat air laut surut berjaya dibawa merapat ke Jeti Feri Penumpang Kuala Kedah, malam tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak memaklumkan susulan itu operasi memindahkan penumpang dikendalikan Maritim Rescue Sub-Centre Langkawi selesai dan ditamatkan pukul 10 malam tadi.

(Feri penumpang itu terkandas selama lapan jam akibat tersangkut beting lumpur
di muara Kuala Kedah)

275 penumpang yang berada di dalam feri berjaya dipindahkan menggunakan bot tunda milik salah sebuah syarikat kargo pada pukul 9.25 malam.

Terdahulu, 272 dibawa keluar secara berperingkat petang tadi menggunakan bot PERKASA 1224 APMM, bot ronda PSC 19 Polis Diraja Malaysia serta bantuan nelayan tempatan.



BERITA BERKAITAN: Feri bawa 547 penumpang terkandas

Media Baharu