fb fb fb fb fb

Feri roro pilihan penumpang ke Langkawi

Penumpang beradai di Dermaga Tanjung Lembung untuk menaiki feri roro ke Langkawi

LANGKAWI, 19 September- Hujan berterusan yang melanda beberapa kawasan di Kedah sejak beberapa hari lalu tidak menghalang orang ramai untuk melancong ke Pulau Langkawi.
 
Kira-kira 4,113 kenderaan direkodkan menggunakan perkhidmatan feri roro, Dermaga Tanjung Lembung, untuk masuk ke pulau pelancongan itu bermula 12 September hingga semalam.

Pengurus Besar Langkawi Port Sdn Bhd, Muhd Nasir Abdul Aziz berkata, sepanjang tempoh tersebut, 17,363 penumpang direkodkan menggunakan dermaga sama.
 
"Sepanjang musim cuti persekolahan bermula 12 September lalu, jumlah kemasukan kenderaan dan penumpang ke pulau pelancongan itu melalui Dermaga Tanjung Lembung sentiasa meningkat dari hari ke hari," kata Muhd Nasir.
 
Roro adalah Feri yang membawa kenderaan dan juga penumpang dari Langkawi-Kuala Perlis-Langkawi.
 
Ia antara alternatif yang digunakan oleh orang ramai selain perkhidmatan feri dan kapal terbang untuk masuk ke pulau pelancongan tersebut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI