fb fb fb fb fb

Fenomena 'Solat Subuh Macam Jumaat', diharap berterusan - Na'im

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 23 Januari- Pihak pengurusan masjid perlu menyambut baik kempen 'Solat Subuh Macam Jumaat' yang menjadi fenomena, supaya ia akan berterusan dan bukan sekadar trend semasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata ahli jawatankuasa perlu membuka ruang dan peluang kepada generasi muda seluas-luasnya memberi pandangan dan idea untuk memastikan penyertaan berterusan mereka dalam mengimarahkan masjid.

"Kita nak pastikan ia berterusan bukan sekali sahaja, kemudian selesai. Saya mengharapkan dengan fenomena anak-anak muda yang hadir beramai-ramai dalam kempen 'Solat Subuh Macam Jumaat' ini akan disambut oleh semua.

Masjid-masjid perlu membuka ruang dan peluang kepada anak-anak muda memberikan pandangan," kata Na'im kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ilmu Madani anjuran Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) bertemakan ‘ Madani Memacu Kemajuan Ekonomi Ummah ‘ di Masjid Mahmoodiah, di sini, malam tadi.

Majlis Ilmu Madani ialah sebuah platform antara menteri dan masyarakat awam dalam memberi kefahaman mengenai nilai-nilai Madani melalui penyampaian tausiah Islamiah dengan lebih jelas selari dengan sokongan Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia Madani (Pelan Transformasi Al-Falah).

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM