fb fb fb fb fb

Fennec tidak berada pada ketinggian, haluan ditetapkan

Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob

KUALA LUMPUR, 30 Mei- Dua faktor dikenal pasti punca nahas dua helikopter Tentera laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya di Lumut, Perak, 23 April lalu kata Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob.

Laporan akhir Lembaga Siasatan merumuskan, faktor utama mendapati Helikopter Fennec tidak berada pada ketinggian dan haluan yang ditetapkan selain memasuki laluan Helikopter HOM AW139.

"Faktor utama pesawat Fennec tidak berada pada ketinggian dan haluan yang ditetapkan serta memasuki haluan pesawat AW139 itu faktor utama.

"Faktor sekunder ialah channelized attention oleh kru pesawat AW139 yang tertumpu ke arah penukaran haluan telah menghadkan reaksi mengelak pelanggaran," katanya kepada pemberita di ibu negara.

Beliau juga memaklumkan berkenaan laporan akhir adalah selari dengan laporan awal sebelum ini.

Pada masa sama beliau turut menafikan nahas berkenaan berlaku atas faktor kesilapan manusia serta laporan juga telah dihantar ke State Airworthiness Authority untuk rekod.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI