fb fb fb fb fb

FAMA perlis anjur program Agro Madani sempena Pesta Angin Timur Perlis 2024

Foto RTM

SIMPANG EMPAT, 3 Mac- Bersempena Pesta Angin Timur (PAT) Perlis 2024 di Kampung Lat Seribu, Tambun Tulang, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis  melaksanakan Program Jualan Agro Madani khusus buat pengunjung yang memeriahkan Pesta Angin Timur berkenaan.

Pengarah FAMA Perlis, Mohd Anzara Azizan memaklumkan, pihaknya tidak melepaskan peluang menawarkan barangan keperluan pada harga berpatutan kepada pengunjung.

Ini termasuklah beras putih tempatan sebanyak 1200 kampit dengan pek 10 kilogram pada harga RM26.00, 250 set kombo Madani terdiri ayam dan sayur bernilai RM10.00, 3 metrik tan buah tembikai pada harga RM3.00 sekilogram serta barangan keluaran usahawan bimbingan FAMA.

“Sambutan yang diterima daripada pengunjung begitu menggalakkan dimana beras putih tempatan yang ditawarkan menjadi tumpuan pengunjung selain set Kombo Madani.”

‘Sehingga kini lebih 40 Program Jualan Agro Madani telah dilaksanakan FAMA Perlis melibatkan 418 usahawan yang memberi manfaat kepada lebih 20,000 pengguna di Perlis bagi mendapatkan pelbagai barangan keperluan", kata Anzara di sini.

Program ini sebahagian daripada sasaran ditetapkan FAMA Perlis iaitu 233 program Jualan Agro Madani sepanjang tahun ini melibatkan penyertaan 1,476 usahawan bimbingan FAMA.

Inisiatif Jualan Agro Madani melibatkan tiga agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sebagai strategi membantu pengguna mendapatkan barangan pada harga lebih rendah daripada pasaran serta terus daripada usahawan terlibat.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD