fb fb fb fb fb

FAMA Perlis agih beras putih tempatan, jamin bekalan

FAMA agih beras putih tempatan ke 28 outlet seluruh Perlis

KANGAR, 20 April- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis telah mengagihkan 57,808 kampit beras putih tempatan berkapasiti 10 kilogram ke 28 outlet pemasaran FAMA seperti Agrobazaar, Pasar Tani Kekal,  Pasar Tani serta 91 lokasi Jualan Agro MADANI seluruh Perlis.

Pelan Intervensi Beras Putih Tempatan sejak September lalu bagi menjamin bekalan beras putih tempatan yang dilaporkan berlaku kekurangan bekalan dalam negara.

Pengarah FAMA Perlis Mohd Anzara Azizan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil inisiatif untuk melaksanakan penambahan penerimaan Beras Putih Tempatan.

"Penambahan penerimaan Beras Putih Tempatan daripada 3,000 kampit yang diterima sejak September 2023 kepada 5,000 kampit setiap minggu di Pusat Operasi FAMA Negeri Perlis bermula 18 April lepas.

"Pelan ini juga memastikan ketersedian bekalan Beras Putih Tempatan di Pusat Operasi FAMA dan outlet-outlet pemasaran FAMA," katanya dalam kenyataan itu.

Bagaimanapun pengguna dan rakyat negeri Perlis yang menghadapi masalah bekalan Beras Putih Tempatan boleh mendapatkan bekalan berkenaan di outlet FAMA berdekatan selain pergi ke program Jualan Agro MADANI yang dianjurkan oleh FAMA pada setiap minggu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI