PARIT, 6 Mei - Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara yang bakal dirasmikan Perdana Menteri pada 10 Mei ini akan menjadi penanda aras kepada tahap kesediaan Malaysia membangunkan teknologi itu.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata penubuhan itu penting kerana teknologi tersebut dijangka membawa perubahan besar dalam pembangunan negara untuk tempoh lima tahun akan datang.
Di peringkat permulaan, Fakulti Kecerdasan Buatan bermula di Universiti Teknologi Malaysia UTM .
"Kerana kita tida mahu ketinggalan dalam bidang teknologi AI kerana jangkaan perubahan ekonomi perubahan sosial dalam pendidikan dan sebagainya dalam tempoh masa sekarang hinggalah ke lima tahun akan datang. Dia akan berlaku satu perubahan yang sangat pesat yang semua perubahan teknologi ekonomi pendidikan sosial dan sebagainya itu akan ditandai oleh AI ini", kata Zambry pemberita selepas merasmikan Program Jom Masuk U (JMU) 2024 di Universiti Teknologi Mara kampus cawangan Seri Iskandar di sini pada Sabtu.
Seramai 1,000 penutut disasar mendaftar sebagai kumpulan pertama pengambilan awal program.
.