fb fb fb fb fb

Faisal Halim jalani pemulihan untuk pergerakan tangan kiri

Faisal Halim mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada 5 Mei lalu

SHAH ALAM, 3 Julai- Pemain Selangor FC, Muhammad Faisal Abdul Halim kini sedang memfokuskan pemulihan tangan kiri sepenuhnya menerusi rawatan fisioterapi. 

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, kesan luka akibat disimbah cecair asid yang dialami oleh pemain tonggak pasukan itu juga semakin kering 

"Alhamdulillah, Faisal dalam proses pemulihan, luka-lukanya semakin kering... beliau sudah mula menjalani fisioterapi yang lebih intensif untuk membolehkan beliau menggerakkan tangan kiri. Fokus rawatan (fisioterapi) adalah pergerakan penuh tangan kirinya.

"Dua (atau) tiga minggu lagi... Insya-Allah, beliau boleh mula latihan joging atau bersenam di padang bagi meningkatkan semula tahap kecerdasannya," katanya dalam sidang media pada Majlis Penyerahan Kutipan Tabung Soladariti Bersama Selangor FC di sini hari ini.

Pada 5 Mei lepas, Faisal melecur tahap empat di beberapa bahagian badan selepas diserang dengan cecair asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Sementara itu, pada 25 Mei lalu, Selangor FC memaklumkan bahawa Faisal dibenarkan keluar dari sebuah hospital swasta selepas menjalani empat pembedahan.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA