fb fb fb fb fb

Fahmi santuni bekas penerbit RTM Melaka menerusi Tabung Kasih@HAWANA

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengunjungi dan menyampaikan sumbangan kepada bekas penerbit RTM Melaka, Norazlin Mohamad, 52 tahun, yang menghidap masalah buah pinggang dan diabetes di kediamannya Merlimau, Melaka

JASIN, 26 Januari-Kementerian Komunikasi meneruskan usaha menyantuni bekas pengamal media menerusi Tabung Kasih@HAWANA.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengunjungi dan menyampaikan sumbangan kepada bekas penerbit RTM Melaka, Norazlin Mohamad, 52 tahun, yang menghidap masalah buah pinggang dan diabetes di kediamannya Merlimau, Melaka.

Turut serta dalam lawatan itu, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman.

Norazlin menghidap kencing manis sejak 2017 dan didiagnos sakit buah pinggang setahun kemudian. Komplikasi diabetes turut menjejaskan penglihatan Norazlin selain menyebabkan kaki kanan beliau terpaksa dipotong pada tahun 2020.

Beliau kemudian mengambil keputusan untuk bersara awal pada 2022 atas sebab kesihatan termasuk perlu menjalani rawatan dialisis.

Beliau rasa bersyukur dan terharu dengan kehadiran Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan pengurusan RTM.

ROSLINA BINTI DIN