fb fb fb fb fb

Fahmi Fadzil ucap takziah kepada keluarga Ibnor Riza

Tangkap layar facebook Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 17 Disember- Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Ibnor Riza atas pemergiannya.

Melalui hantaran di facebook dan instagram rasminya, Fahmi mendoakan agar keluarga Allahyarham diberi ketabahan melalui ujian tersebut.

"Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Menerima berita sedih hari ini. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Ibnor Riza, penyanyi, yang telah meninggal dunia sebentar tadi.

"Semoga keluarga Allahyarham tabah dengan ujian ini," katanya.

Penyanyi popular era 80-an Ibnor Riza itu meninggal dunia di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) pukul 3.30 petang tadi.

Selepas melakukan pembedahan mengeluarkan air di kepalanya pada 2 Disember lalu, pelantun lagu Meneka Dalam Kesamaran itu dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan masih ditidurkan.

Sebelum ini Ibnor dilaporkan menghidapi kanser limfoma pada Mac lalu dan telah menjalani kira-kira sembilan kali kimoterapi.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI