fb fb fb fb fb

Fahmi beri amaran pihak jual dadah dalam laman sesawang gelap

KUALA LUMPUR, 11 Julai - Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penjualan dadah sintetik melalui laman sesawang gelap, tegas Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil.

Memetik laporan BERNAMA, ini termasuk aplikasi Telegram dan Whatsapp seperti yang didedahkan oleh Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Suteko Ahmad Belon mengenai dadah berkenaan kini dijual pada harga serendah RM18 menerusi platform dalam talian.

"Tindakan akan diambil menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) setelah mendapat maklumat terperinci selain akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Tapi dalam masa sama, saya turut difahamkan ada laman sesawang lain, saya tidak akan sebut (laman sesawang) supaya tindakan yang tepat boleh diambil," katanya kepada BERNAMA selepas beliau menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.

Menurut beliau, satu mesyuarat telah diadakan bersama AADK semalam bagi membincangkan langkah dan mekanisme penting bagi membanteras kegiatan berkenaan.

Terdahulu, pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) Bilangan 1 Tahun 2023, Suteko juga berkata bekalan dadah sintetik seperti pil kuda, syabu dan ekstasi yang dijual menerusi platform dalam talian itu dihantar kepada pelanggan melalui perkhidmatan kiriman cepat atau orang persendirian.

Media Baharu