fb fb fb fb fb

Fahmi adakan lawatan kerja dua hari di Kedah

ALOR SETAR, 29 Mac - Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah hari ini perkenan menerima sembah mengadap Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
 
Sembah mengadap diadakan di Istana Anak Bukit, di sini pagi tadi.
 
Dalam pertemuan selama satu jam itu, pelbagai topik dibincangkan, antaranya berkaitan status terkini telekomunikasi di Kedah, perancangan pembinaan Pusat Ekonomi Digital (PEDi), perkembangan 5G di Kedah, dan perkembangan ekonomi digital.
 
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Datuk Seri Mohammad Mentek dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Mohd Sukari Ab Hamid.
 
Fahmi kini dalam rangka lawatan kerja selama dua hari ke Kedah.

(Fahmi ketika lawatan ke PEDi RP Seberang Terus di Alor Setar)

Selain sembah mengadap Sultan Kedah, beliau turut menghadiri beberapa program lain.
 
Antaranya, melawat PEDi RP Seberang Terus di Alor Setar, merasmikan'Point of Presence' (PoP) di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Terap di Kuala Nerang, dan menghadiri program Townhall bersama warga Kementerian Komunikasi dan Digital Kedah di auditorium KEDAHfm.

Dalam pada itu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) banyak memberi manfaat terutama kepada golongan usahawan untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.
 
Ini diakui sendiri para usahawan yang menggunakan kemudahan yang disediakan di pusat tersebut untuk mempelajari mengenai perniagaan dan platform untuk memasarkan produk mereka.
 
"Saya mula menggunakan PEDi dalam tempoh tiga tahun dan sepanjang tiga tahun itu PEDi banyak bantu saya untuk mengeluarkan produk sendiri dan PEDi juga bantu saya untuk memasarkan produk secara dalam talian untuk lebih kembangkan perniagaan secara lebih meluaslah di lain-lain negeri kan. Kalau menggunakan 'offline' dia punya marketing tu agak terhad kan sebab ia tidak meliputi semua kawasan, berbanding kita guna platform secara dalam talian," kata usahawan, Rabiatun Adawiyah Hamzah.

"PEDi banyak memberi manfaat kepada saya, sebelum ini saya berniaga di telegram dan apabila pada masa kini platform 'tiktok' dan 'shoppe' lebih menarik perhatian kepada orang ramai, jadi PEDi yang mengajar saya kelas usahawan tiktok dan shoppe. Jadi di sini saya banyak menggunakan manfaatnya seperti 'print waybave', tangkap gambar produk dan cara marketkan produk saya dekat di platform tiktok dan shoppe," usahawan, Sofea Nazira Abd Razak.
 
"Pedi sangat membantu saya dalam mengembangkan lagi saya punya pengetahuan contohnya saya boleh belajar cara macam mana untuk sunting produk, contohnya kita guna aplikasi Canva, jadi di situ saya boleh hasilkan saya punya produk dengan lebih menarik lagi, lagipun .Sofea Nazira Abd Razak ini ada pengurus, penolong pengurus yang boleh melatih kita untuk mengetahui lebih lanjut nak kembangkan perniagaan kita," usahawan, Atifah Mohammad Shukri.
 
Mereka ditemui RTM selepas lawatan kerja Fahmi Fadzil ke PEDi Seberang Terus.

Media Baharu