fb fb fb fb fb

20,000 naskhah Al-Quran terjemahan bahasa Khmer dicetak, dihantar ke Kemboja

BUTTERWORTH, 29 Mac- Sebanyak 20,000 naskhah Al-Quran dalam terjemahan bahasa Khmer telah dicetak dan dihantar ke Kemboja.

Ia menerusi Program Wakaf Al-Quran anjuran Yayasan Restu, sepanjang bulan Ramadan ini.

Pengurus Yayasan Restu Wilayah Utara, Anuar Omar berkata jumlah itu akan terus ditambah, selain agihannya diperluas ke negara lain.

24 Februari lalu, kerajaan memperuntukkan RM10 juta bagi pengedaran segera cetakan 20,000 naskah terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Sweden serta bahasa asing utama dunia.

Peruntukan berkenaan disalurkan kepada Yayasan Restu bagi menerajui usaha berkenaan.

"Mencetak dan menyebarkan Al-Quran ke seluruh dunia, pertama kali kita menghantar ke negara Sweden dan Yayasan Restu juga mencetak dalam bahasa Khmer (Kemboja), bahasa Kazakh (Kazakhstan), Kantonis dan juga pelbagai bahasa yang kita tengah buat sekarang untuk kita edar di seluruh dunia," katanya di sini.

(Pengurus Yayasan Restu Wilayah Utara, Anuar Omar)

Media Baharu