fb fb fb fb fb

EU komited bekerjasama dengan Sarawak dalam peralihan tenaga

Foto RTM

KUCHING, 17 Februari- Kesatuan Eropah, (EU) komited akan bekerjasama dengan Sarawak dalam peralihan tenaga sehingga 2030.

Duta Besar Kesatuan Eropah ke Malaysia, Michalis Rokas berkata, ianya akan meliputi tenaga hijau, biomas dan bahan api penerbangan mampan, SAF.

Rokas menyifatkan lawatan kerja EU ke Invest Sarawak dan Hari Perniagaan di Kuching satu kejayaan yang besar dengan sesetengah daripada 18 delegasi EU akan kembali ke Kuching tahun ini termasuk ke persidangan Hidrogen pada Jun.

Katanya lawatan lima hari sejak Selasa, menyaksikan pihak EU telah bertemu dengan pelbagai pihak dalam pelbagai industri yang berpotensi di Sarawak terutamanya dalam sektor tenaga.

Beliau berkata demikian pada pertemuan Duta-Duta Eropah bersama Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof di Santubong, Kuching.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri dalam ucapanya berkata, ketibaan rombongan EU akan membantu menyelesaikan isu sekatan minyak kelapa sawit Malaysia yang telah menjejaskan pendapatan para pekebun kecil.

Kefahaman ini katanya akan memberi ruang kerjasama dalam peralihan tenaga dan bersama kearah sasaran sifar karbon menjelang 2050.

Ini terutamanya dalam kajian dan pembangunan, R&D tenaga bersama dengan kementerianya meliputi tenaga hidro dan angin.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD