fb fb fb fb fb

Enam kompaun dikeluarkan ke atas ladang unggas di Daerah Seberang Perai selatan 

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP) Dr Saira Banu Mohamed Rejab

BUKIT MERTAJAM, 28 Jun- Sebanyak enam kompaun dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP) ke atas ladang unggas dalam Daerah Seberang Perai Selatan (SPS).

Pengarah JPVPP, Dr Saira Banu Mohamed Rejab menerusi kenyataan berkata kompaun dikeluarkan atas kesalahan masalah lalat dan menjumpai ‘maggot’ di dalam najis. 

"Antara syarat pelesanan utama yang perlu dipatuhi adalah pengurusan sisa unggas dengan baik. 

“JPVPP telah melaksanakan pemeriksaan ladang ke ladang untuk memberikan khidmat nasihat kepatuhan kepada syarat pelesenan sepanjang tempoh 19 Februari 2024 sehingga 30 April 2024 di samping mengenal pasti titik panas ladang-ladang unggas dengan masalah lalat", katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kesemua kompaun adalah berdasarkan kesalahan pertama dengan nilai RM7,500. Jika berterusan nilai kompaun kedua adalah RM10,000 dan RM15,000 bagi nilai kompaun ketiga.

Tiga daripada enam kompaun dikeluarkan adalah dalam kawasan Sungai Bakap.

ROSLINA BINTI DIN