fb fb fb fb fb

Enam keluarga terjejas ribut di Pangsapuri Iris Garden

Foto ISKANDAR SHAH

BINTULU, 22 Januari- Jumlah penduduk terjejas ribut di Pangsapuri Iris Garden meningkat kepada enam keluarga setakat pukul 10.40 malam tadi berbanding lima keluarga sebelum ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bintulu,Kapten (PA) Mohd Johari Mohd Taufik berkata mereka kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Assyakirin.

"Ketika ini seramai 12 orang dewasa, lima kanak-kanak dan dua warga emas berteduh di PPS tersebut.

"Pertambahan penduduk terjejas disebabkan kerja-kerja membaik pulih bumbung pangsapuri yang rosak.

"Sebuah lagi PPS di Bintulu yang sebelum ini menempatkan penduduk terjejas banjir iaitu Rumah Panjang Steven telah ditutup pada pukul 6.00 petang semalam," katanya kepada pemberita di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM