fb fb fb fb fb

Enam buah rumah rosak akibat ribut di Perlis

ARAU, 28 Mac- Enam buah rumah rosak ekibat angin kencang dan hujan lebat yang melanda Perlis kira-kira pukul 4.15 petang semalam.

Kebanyakan kerosakan melibatkan bahagian bumbung rumah yang diterbangkan angin.

Ribut berkenaan menjejaskan beberapa kawasan di daerah Kangar dan Arau iaitu di Kampung Bakong, Kampung Behor Mempelam, Kampung Belat Batu dan Kampung Semut Gatal.

(Keadaan salah sebuah rumah yang rosak akibat ribut)

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja dimaklumkan mengenai insiden berkenaan.

"Kami turun ke lokasi untuk mendapatkan anggaran sebenar kerosakan dan jumlah rumah terlibat.

Bantuan bagi membaiki kediaman dan keperluan berkaitan akan disalurkan segera pihak MAIPs, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pengurusan Masjid mengikut kariah mangsa terlibat," katanya.

Media Baharu