fb fb fb fb fb

Kerja naik taraf jambatan KTMB tidak ganggu aliran trafik - PLUS

PETALING JAYA, 28 Mac- Plus Malaysia Berhad (PLUS) memberi jaminan kerja-kerja naik taraf jambatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bermula 30 Mac ini tidak akan mengganggu aliran trafik semasa Aidilfitri.

Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS, Mohd Yusof Abdul Aziz berkata pihaknya akan menghentikan operasi naik taraf tersebut selama 10 hari ketika perayaan bagi memastikan tiada gangguan aliran trafik khususnya waktu puncak.

Jambatan KTMB tersebut merentangi Lebuhraya Baru Lembah Klang, NKVE antara Persimpangan Shah Alam dan Subang.

"Jadi memang tidak akan ada kerja semasa perayaan, macam biasa pun kita akan 'issue stop work order' kita panggil. Jadi lebih kurang 10 hari.

(Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS, Mohd Yusof Abdul Aziz)

Beliau menyatakan demikian dalam sidang media, di sini hari ini.

Tambah Mohd Yusof, kerja naik taraf akan dilaksanakan secara berperingkat selama 7 bulan dan dijangka siap sepenuhnya pada awal November 2023.

Sepanjang tempoh tersebut, kerja-kerja naik taraf akan dijalankan bermula 10 malam hingga 5 pagi.

Kerja naik taraf itu merupakan kerjasama antara PLUS, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Media Baharu