fb fb fb fb fb

Empat maut, seorang parah dalam kemalangan di NKVE

KUALA LUMPUR, 11 Jun- Empat termasuk dua wanita maut dan seorang lelaki cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di susur keluar dari arah Subang menghala Kelana Jaya di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 4.11 pagi.

Beliau berkata insiden tersebut membabitkan kereta Wira Aeroback dan Wira jenis sedan.

(Foto fail)

"Empat mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi yang parah diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya kesemua mangsa berusia lingkungan 27 hingga 30 tahun.

Media Baharu