(Perdana Menteri diiringi Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican ketika hadir ke HLN 2022 )
JOHOR BAHRU, 5 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menggariskan empat hala tuju yang perlu diberi perhatian, bagi pembangunan landskap negara pada masa hadapan.
Empat hala tuju itu, antaranya melibatkan usaha memperkemas sistem jaringan landskap negara, dengan keutamaan diberikan kepada perluasan penyediaan infrastruktur hijau negara, menerusi pendekatan program pembangunan landskap yang menyeluruh.
“Kedua ialah mendaya upaya potensi dan nilai ekonomi industri landskap. Seiring dengan perubahan global, sewajarnya kita mendaya upayakan potensi industri landskap negara sebagai satu nilai ekonomi atau sebagai satu sumber pulangan dan ekonomi baharu negara.
“Ketiga ialah melindungi aset landskap Keluarga Malaysia. Satu kaedah kawalan secara perundangan diwujudkan, bagi memastikan aset landskap dapat dilindungi selain pendidikan berterusan secara lebih berkesan kerana kehilangan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap sempena sambutan Hari Landskap Negara 2022 (HLN2020) di Taman Bandar Ekoflora, Johor Bahru.
HLN2020 berlangsung selama 3 hari bermula semalam 4 Mac 2022 hingga Ahad 6 Mac 2022.
(Tema Majlis Sambutan HLN 2022 adalah ’25 Tahun Negara Taman Terindah’ sempena 25 tahun penubuhan Jabatan Landskap Negara)