fb fb fb fb fb

Empat buah bas elektrik beroperasi sepenuhnya di Langkawi

Perkhidmatan bas elektrik di Langkawi kini menjalani ujian percubaan selama dua tahun/FOTO RTM

LANGKAWI, 29 Oktober- Perkhidmatan bas elektrik,EV luar bandar pertama di Pulau Langkawi masih lagi dalam tempoh percubaan selama dua tahun.

Menurut Ketua Jurutera MARA Liner, Mohd Nordin Shafie, pelbagai perkara perlu diteliti dan diperhalusi sebelum perkhidmatan bas berkenaan benar-benar dinikmati para penduduk.

"Tempoh perubaan selama dua tahun itu perlu bagi melihat segenap kekurangan dan kelemahan perkhidmatan.

"Contohnya, kita perlu meneliti kos penyelengaraan, pentadbiran di samping melihat keberkesanan bas EV itu sendiri", katanya yang ditemui sempena program Jom Pusing-Pusing Langkawi sempena sambutan Ulang tahun ke-30 Langkawifm di Dataran Tanjung Rhu di sini.

Tambah Mohd Nordin, setakat ini terdapat empat buah bas elektrik yang telah beroperasi sepenuhnya.

Menurut Mohd Nordin lagi, buat masa kini terdapat enam perjalanan yang ditetapkan sehari dari Kuah ke Padang Matsirat.

Pihaknya turut bercadang menambah laluan baharu antaranya dari Jeti Kuah ke Pantai Cenang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada tahun hadapan.

 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD