KUALA TERENGGANU, 10 Februari - Pembinaan stesen Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sini dijangka dapat disiapkan mengikut jadual walaupun berhadapan pandemik COVID-19.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata sebelum ini beberapa proses tertangguh akibat pandemik COVID-19, namun berjaya kembali mengikut jadual kemajuan projek.
"Hari ini saya melawat stesen ECRL Kuala Terengganu sebab nak lihat macam mana prestasi pembinaannya, sebab difahamkan ada sedikit kelewatan sebab Covid-19. Jadi saya buat lawatan mengejut nak lihat kawasan itu macam mana.
"Saya lihat tapak pembinaan stesen ECRL sedang mengikut jadual. Paling penting pastikan jadual pelaksanaan projek tidak terjejas," katanya kepada pemberita semasa melakukan lawatan mengejut di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu di sini, hari ini.
"Salah satu COVID 19, kedua ialah pengambilan balik tanah penyerahan geran tanah perkara itu belum diselesaikan jadi saya melihat stesen Kuala Terengganu kejar masa dibuat saya tepi jalan dah nampak macam mana stesen kita nak pastikan kejar masa paling penting jadual pelaksanaan tidak terjejas," katanya.
Dr Wee turut menyatakan rasa gembira setelah mendapati pembinaan projek berkenaan berjalan lancar.
Beliau yakin ia dapat disiapkan seperti dirancang.