fb fb fb fb fb

Elaun JPKKP Perlis: KKDW salur peruntukan cecah RM5 juta melalui RISDA

Foto RTM

MATA AYER, 18 Februari-Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyalurkan peruntukan mencecah RM5 juta melalui RISDA bagi pembayaran elaun JPKKP di Perlis.

Peruntukan berkenaan bagi tempoh 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2025 melibatkan 387 Pengerusi dan 387 Setiausaha JPKKP yang dilantik serta 11 AJK setiap JPKKP.

Menurut Ahli Lembaga RISDA, Ruzaini Rais, elaun berkenaan meliputi RM900 sebulan kepada setiap JPKKP dan RM300 sebulan kepada Setiausaha, manakala elaun pengendalian mesyuarat sebanyak RM100 terhad kepada enam kali mesyuarat setahun.

Bagi elaun kehadiran mesyuarat ditetapkan sebanyak RM50 terhad kepada enam kali mesyuarat setahun yang dilaksanakan di peringkat JPKKP.

‘’Setiap JPKKP yang dilantik diingatkan untuk terus komited menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan sentiasa cakna akan permasalahan setempat dan perlu aktif melaksanakan aktiviti di peringkat komuniti.’’

‘’Selain itu, setiap program dilaksanakan perlu melibatkan pelbagai peringkat komuniti tanpa mengira kaum dan agama serta menggerakkan aktiviti peningkatan sosioekonomi di setiap kawasan JPKKP menerusi dana SejaTi Madani yang diperolehi sebaik mungkin untuk kemajuan setiap komuniti," katanya demikian pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan bagi DUN Mata Ayer di Kampung Ngulang diselaraskan Penyelia KEMAS DUN Mata Ayer, Habikah Che Ani.

Seramai 220 Ahli Jawatankuasa JPKKP bagi DUN Mata Ayer menerima Watikah Pelantikan daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bagi tempoh 1 Julai 2024 hingga 31 Disember 2025.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD