KUCHING, 24 Februari- Sarawak akan terus memantau kadar kemasukan kanak-kanak berumur 6 tahun dalam sistem pendidikan awal negeri berkenaan.
Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohamad Razi Sitam berkata ia penting bagi memastikan tiada keciciran dalam sistem pendidikan.
Jelasnya, pemantauan bukan hanya membabitkan pendidikan awal, malah meliputi ketidakhadiran pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.
Oleh itu pihaknya akan terus mengadakan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memastikan perkara itu dapat diatasi.
Datuk Mohamad Razi bercakap kepada media selepas Majlis Perasmian SeDidik Sarawak Team Building 2024 di Santubong, Kuching hari ini.
Seramai 250 guru SeDidik dari semua cawangan seluruh negeri hadir pada bengkel tersebut.