ISKANDAR PUTERI, 13 Mac- Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan meneliti semula senarai penerima bantuan zakaf fitrah di negeri itu bagi memastikan golongan berkenaan tidak tercicir daripada menerima bantuan bulanan MAINJ.
Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata bantuan zakat dan bantuan berkenaan dijangka diserahkan kepada penerima, minggu hadapan.
"Saya jangka mungkin lebih saya pasti semakan akan dibuat dengan teliti sebab kita juga nanti akan memastikan kalau mereka sudah menerima bantuan MAINJ tetapi tidak mencukupi mereka akan kita sampaikan tu kepada JKM pula.
"JKM juga bertanggungjawab untuk menghapuskan miskin tegar di negeri Johor bukan MAINJ sahaja, inilah kolabrasi bersama," katannya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Aplikasi e-Fidyah MAINJ di Iskandar Puteri, Johor.
Aplikasi yang diperkenal sejak 2016, dinaiktaraf kepada versi terkini bagi menyokong penggunaan pelbagai kaedah pembayaran yang lebih praktikal dan efisien.
Sehingga 4 Mac lalu, MAINJ merekod jumlah pembayar zakaf fidyah seramai, 10,537 orang melibatkan jumlah kutipan, RM2.929 juta.
Daripada jumlah itu, sebanyak RM1.411 juta diperuntukkan bagi membantu lapan golongan asnaf di negeri itu.