fb fb fb fb fb

DUN Pahang lulus usul kecam kekejaman Zionis

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini sebulat suara meluluskan usul mendesak bantahan terhadap kekejaman, kezaliman serta keganasan rejim Zionis di Gaza/ FOTO BERNAMA

KUANTAN, 4 Disember- Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini sebulat suara meluluskan usul mendesak bantahan terhadap kekejaman, kezaliman serta keganasan rejim Zionis Israel di bumi Palestin.

Menurut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, usul tersebut dibawa olehnya ekoran pembunuhan yang berterusan terhadap rakyat Gaza.

Tambahnya, bantahan tersebut juga rentetan kegagalan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) memainkan peranan bagi menghentikan serangan berterusan rejim Zionis.

“Kita desak mereka (Israel). Itulah yang termampu yang kita buat.

"Kita ada kutipan derma tahun lepas kita bagi RM700,000 tahun ini RM1 juta dan Insya-Allah akan sampai kepada Palestin dan kita ada syarat syarat dan peraturan.

"Kita akan serah sendiri sumbangan itu tidak melalui orang tengah", katanya kepada pemberita selepas selesai pembentangan Belanjawan Pahang 2024 di Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang, di sini.

Tambah Wan Rosdy, setakat ini kerajaan negeri berjaya mengumpul hampir RM 700,000 melalui Tabung Palestin 2.0 yang mensasarkan kutipan RM1 juta

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD