fb fb fb fb fb

DUN Johor kutuk serangan terbaharu Israel

15 orang pelajar Palestin hadir sebagai pemerhati pada penggulungan DUN Johor hari ini

JOHOR BAHRU, 3 Disember- Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari mengutuk perbuatan Israel yang menyambung serangan ke atas Semenanjung Gaza kelmarin, selepas tujuh hari gencatan senjata. 

 Speaker DUN Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, 178 rakyat Palestin termasuk kanak-kanak terkorban dalam serangan terbaharu itu. 

"Kita mengutuk tindakan kejam rejim zionis yang bersetuju dengan gencatan senjata ia muslihat untuk mendapatkan pembebasan tawanan israel di Gaza,"katanya.

 Pada penggulungan DUN Johor hari ini, 15 pelajar Palestin hadir sebagai pemerhati. 

Lebih 20,000 rakyat Palestin sudah terkorban sejak peperangan tercetus 7 Oktober lalu.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE