fb fb fb fb fb

Dua suspek bunuh warga asing dihadap ke mahkamah

SELAYANG, 31 Januari- Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang atas dakwaan membunuh seorang lelaki warga asing hujung tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibaca secara bersama di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.

Tiada pengakuan direkodkan daripada mereka kerana kes berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh warga tempatan, Visvanathan Kandasamy dan Md Mojibur Rahman, warga Bangladesh dengan niat telah melakukan pembunuhan dan menyebabkan kematian ke atas warga Bangladesh, Khalek Sheikh, 41 tahun.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan, Jalan Bestari Jaya-Rawang di Batu Arang antara pukul 9.00 malam hingga 9.40 malam 29 Disember 2022.

(Dua suspek kes bunuh warga asing tiba di Mahkamah Majistret Selayang di sini)

Mahkamah tidak membenarkan jaminan ke atas kedua-dua tertuduh dan menetapkan 5 April ini sebagai tarikh sebutan kes untuk penyerahan laporan kimia dan bedah siasat.

Media Baharu