fb fb fb fb fb

Dua remaja maut, tiga parah nahas di Alor Setar

Foto Orang Awam

ALOR SETAR, 6 Mac – Dua remaja lelaki maut, manakala tiga lagi cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent, Jalan Tanjung Bendahara, di sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba Wan Azizul Hakim Wan Jaafar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 10.28 malam, sebelum jentera pertama tiba di lokasi 10 minit kemudian.

“Sebaik tiba, kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki lima remaja lelaki berusia 18 tahun. Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan tersebut hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh penghadang jalan,” katanya.

Dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala tiga lagi dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk rawatan lanjut.

Mayat mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN