fb fb fb fb fb

Dua projek penyelenggaraan dicadangkan di Kampung Parit Bilal

Lawatan kerja Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Kampung Parit Bilal, Batu Pahat

BATU PAHAT, 1 Oktober- Dua projek penyelenggaraan dicadang di Kampung Parit Bilal, Batu Pahat, Johor, bagi menyelesaikan isu infrastruktur dan bencana di lokasi itu.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, antara projek terlibat, pembinaan terap berbentuk U untuk mengatasi isu tebing runtuh, selain kerja mendalamkan parit bagi mengurangkan banjir kilat.

"penduduk kampung parit bilal memerlukan sokongan segera untuk menyelesaikan cabaran infrastruktur yang dihadapi, saya ingin memberi jaminan bahawa kementerian kewangan akan mengambil berat setiap cadangan yang dikemukakan dan kami akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan tindakan diambil secepat mungkin.."

Cadangan lain termasuk menurap jalan sepanjang 200 meter di Jalan Parit Bilal Dalam, serta mengalihkan tiga tiang elektrik.

Permohonan bagi cadangan tersebut akan dikemukakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kepada Kementerian Kewangan (MOF), selepas penilaian dijalankan.

Beliau ditemui semasa membuat lawatan kerja di Kampung Parit Bilal di Batu Pahat, yang juga salah satu lokasi Program Kampung Angkat Madani.

Trainee2