fb fb fb fb fb

Dua maut kereta bertembung treler di Jalan Pan Borneo

"Kereta remuk selepas bertembung treler di Jalan Pan Borneo, Miri, mengorbankan dua nyawa, termasuk seorang warga emas/Foto Bomba

MIRI, 31 Disember – Dua individu, termasuk seorang warga emas, maut apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di Jalan Pan Borneo Bukit Song, malam Isnin.

Pusat Kawalan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya meneriman panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada pukul 7.28 malam.

"Sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng bersama dua jentera segera dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Mangsa, Patrick Guya, 48, dan Roslind Layun Pad, 61, tersepit dalam kenderaan mereka dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, pasukan penyelamat menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum menyerahkan mayat kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut.

Operasi menyelamat selesai pada pukul 8.30 malam.

GRACE AISYAH KEDAYAN