
KLUANG, 8 Mac -Dua lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Kluang-Teck Wah Hing, di sini, pukul 1.00 tadi.
- Mangsa dalam perjalanan dari Bandar Kluang ke Taman Kluang Barat.
- Kereta dipandu wanita hilang kawalan, memasuki laluan bertentangan dan merempuh motosikal.
- Penunggang 54 tahun cedera parah di kepala dan kehilangan kaki kiri; pembonceng 36 tahun cedera parah.
- Pemandu wanita ditahan; kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh berkata, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Bandar Kluang, menuju Taman Kluang Barat.
“Setibanya di lokasi kejadian, kereta terlibat yang dipandu seorang wanita dari arah bertentangan hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.
Penunggang berumur 54 cedera parah di kepala dan putus kaki kiri manakala pembonceng berumur 36 tahun cedera parah di kepala dan badan.
Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi.
Polis menahan pemandu wanita terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987.