
MEKAH, 21 Mei – Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah, menurut Lembaga Tabung Haji (TH).
- Lelaki 64 tahun dari Parit Buntar, wafat di Hospital King Faisal pada 19 Mei, 8:29 malam akibat asma teruk.
- Wanita 66 tahun dari Tawau, Sabah, disahkan meninggal di Hospital Saudi German pada 20 Mei, 10:50 pagi akibat serangan jantung.
- Kedua-dua jenazah dibawa ke Masjidil Haram untuk solat jenazah selepas proses dokumentasi.
- Kedua jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea selepas selesai prosedur; TH mengeluarkan kenyataan rasmi.
TH dalam satu kenyataan memaklumkan jemaah pertama berusia 64 tahun merupakan seorang lelaki berasal daripada Parit Buntar, Perak.
Allahyarham hadir bersama isterinya ke tanah suci dan disahkan meninggal dunia di Hospital King Faisal pada 19 Mei, pukul 8.29 malam akibat asma yang teruk.
“Allahyarham merupakan jemaah yang dibawa oleh Syarikat Pengelola Jemaah Haji daripada kumpulan KT79 dan menginap di Al Safwah Hotel di Mekah,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, TH memaklumkan jenazah kedua merupakan jemaah wanita berasal daripada Tawau, Sabah.
Allahyarham merupakan jemaah dari kumpulan KT82 yang menginap di Hotel Abraj Al-Tayseer di Mekah, berusia 66 tahun dan hadir bersama suami ke tanah suci.
“Allahyarham telah disahkan meninggal dunia di Hospital Saudi German pada 20 Mei, pukul 10.50 pagi akibat serangan jantung,” katanya.
Menurut TH, kedua-dua jenazah telah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas selesai proses dokumentasi dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea, di sini.