fb fb fb fb fb

Dua kluster baharu di MAHA 2024 capai keuntungan RM400,000

FOTO MARDI

KUALA LUMPUR, 30 September- Dua kluster baharu yang diperkenalkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, MARDI semasa Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 mencapai sasaran keuntungan sebanyak RM400,000.

Menerusi satu kenyataan, MARDI memaklumkan dua kluster tersebut ialah Kids Attraction dan Glamping Motorhome dengan purata 100,000 pengunjung sepanjang 12 hari program berlangsung.

Menurut Ketua Pengarah MARDI, Datuk Mohamad Zabawi Abdul Ghani, dua kluster ini merupakan kluster baharu dalam segmen MARDI.

Kesemua segmen yang diselaraskan oleh MARDI menekankan aspek interaksi bersama pengunjung bagi mendalami inovasi dan teknologi dalam bidang pertanian.

Selain, memberi impak positif dalam meningkatkan kesedaran kepada masyarakat mengenai teknologi pertanian dalam memastikan keterjaminan makanan.

Juga memperkukuhkan sekuriti makanan negara selaras dengan misi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE