fb fb fb fb fb

Dua kilang musnah akibat kebakaran di Kuching

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat sedang berusaha memadamkan kebakaran/BOMBA

KUCHING, 30 Oktober - Dua buah kilang di Batu 9, Jalan Indah Ria, Kuching di Sarawak musnah dalam satu kebakaran tengah malam tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Samarahan, Christian Olas, kebakaran mula tercetus daripada kebakaran longgokan tayar sekitar pukul 11 malam.

Kebakaran itu gagal dikawal menyebabkannya merebak ke dua struktur bangunan bersebelahan.

Susulan itu 30 anggota dari empat Balai Bomba dan Penyelamat digerakkan ke lokasi melibatkan balai Samarahan, Balai Tabuan Jaya, Balai Kota Sentosa dan Balai Siburan.

"Setakat pukul 5 pagi tadi, pihak bomba masih berusaha memadam kebakaran itu. Sebuah kilang tayar terpakai musnah sepenuhnya manakala kilang plastik lebih separuh musnah," kata beliau ketika dihubungi di sini.

Sebuah lori tangki air turut dihantar ke lokasi bagi menyokong operasi pemadaman.

Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ