fb fb fb fb fb

Dua inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan diteruskan

Menteri Pengangkutan Anthony Loke

SEPANG, 3 September - Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju meneruskan dua inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, dua inisiatif itu ialah bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar institut pengajian tinggi (IPT) bagi laluan domestik antara semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan (FLYsiswa) diteruskan dan mengekalkan harga siling tiket penerbangan RM599 di antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak pada musim perayaan.

"Saya telah membawa satu kertas Jemaah Menteri pada hari ini dan kabinet telah pun memutuskan untuk inisiatif program FLYsiswa iaitu bantuan penerbangan sebanyak RM300 kepada pelajar-pelajar sabah dan sarawak yang belajar di semenanjung dan pelajar-pelajar dari semenanjung yang belajar di Sabah dan Sarawak untuk IPT, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan sebagainya.

Beliau bercakap kepada media selepas merasmikan pembukaan Capsule Transit MAX, di sini sambil menambah ia merupakan subsidi di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Loke berkata Jemaah Menteri juga bersetuju untuk mengekalkan dasar harga siling tiket penerbangan semasa musim perayaan, dengan tiga hari sebelum musim perayaan kerajaan akan menetapkan kadar siling untuk semua penerbangan antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak.

"Semasa musim perayaan iaitu tiga hari sebelum musim perayaan, kita akan tetapkan kadar syiling untuk semua penerbangan di Semanjung dan Sabah Sarawak. Itu akan dikekalkan dan diteruskan bagi musim-musim perayaan yang akan datang, jadi itu akan diteruskan dan kita akan tetapkan harga syiling seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini, iaitu pada harga RM599," katanya.

Sementara itu berikutan kekurangan kekerapan penerbangan pesawat Malaysia Airlines, Loke memaklumkan ia satu langkah drastik bagi tangani isu teknikal pesawat.

"Oleh sebab banyak isu-isu teknikal yang melanda Malaysia Airline, mereka terpaksa mengambil langkah ini, untuk mengurangkan penerbangan dalam beberpaa bulan ini supaya mereka boleh memastikan pesawat-pesaat ini dihantar untuk penyelenggaraan dan sebagainya ," kata Loke.

Jelasnya langkah itu membolehkan pesawat lebih bersedia untuk beroperasi memastikan keselamatan penumpang dan kru.

TETITIA YUSOFF