fb fb fb fb fb

Dua diberkas terlibat pengedaran dadah

FOTO RTM

PONTIAN, 11 Januari - seorang wanita dan lelaki diberkas selepas disyaki mengedar dadah di Hentian Bas Batu 34, Jalan Johor Bahru-Batu Pahat di sini pukul 3.25 pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohd Shofee Tayib berkata, hasil tangkapan yang dilakukan pihaknya, dadah seberat 315 gram dan lima telefon bimbit berjaya dirampas.

“Nilai rampasan dadah dianggarkan RM9,468.

“Sebuah kereta digunakan kedua-dua suspek turut disita, “ katanya dalam satu kenyataan.

Pihak polis turut mendapati kedua-dua suspek masing-masing berusia 28 dan 34 tahun itu turut positif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B (akta 234) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD