
KOTA TINGGI, 7 April – Dua buah bot tunda Indonesia, ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor disyaki memasuki perairan Malaysia tanpa kebenaran yang sah, Ahad lalu.
- Penahanan: 16.5 batu nautika timur laut Tanjung Punggai kira-kira 12.30 dan 3.1 batu nautika tenggara Tanjung Penyusop kira-kira 18.50.
- Tindakan dilaksanakan menerusi Op Jaksa, Op Todak 2/2021, Op Jangkar Haram, Op Tiris 3.0 dan Op Khas Pagar Laut.
- Bot tunda gagal mengemukakan dokumen kebenaran; kes disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.
Bot tunda pertama ditahan di kedudukan 16.5 batu nautika timur laut Tanjung Punggai, Kota Tinggi, Johor kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Manakala kira-kira pukul 6.50 petang pada hari yang sama, sebuah lagi bot tunda ditahan di kedudukan 3.1 batu nautika tenggara Tanjung Penyusop.
Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Kama Azri Kamil berkata, kedua-dua tangkapan dibuat menerusi Op Jaksa, Op Todak 2/2021, Op Jangkar Haram, Op Tiris 3.0 dan Op Khas Pagar Laut.
Kedua-dua bot tunda tersebut gagal mengemukakan dokumen kebenaran untuk memasuki atau beroperasi di perairan Malaysia.
Kes disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.